...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, May 15, 2017

Tekanan di tempat kerja?

Al salam alaykum

Sabtu lepas mencuba utk menderma darah lagi sekali. Selepas beberapa bulan gagal sbb hemoglobin aku kurang dari 12.5. Aku dah cuba hari Rabu cuti Wesak tu, kadar hemoglobin aku rendah. Cuba lagi hari Sabtu, hemoglobin ok. Alhamdulillah. 

Tapi, masalah dalam sistem nama aku kena block utk seminggu. Padahal aku ada je pengalaman pergi Sabtu Hb KO, aku pergi Ahad Hb OK, dapat je derma darah takde kena block pun. Kena rujuk kat doktor pulak. Doktor bagi kebenaran. 

Tapi tak dapat lagi derma darah. Pemeriksaan kesihatan pula. Dan yg paling utama, pemeriksaan tekanan darah. Seperti biasa, aku hulurkan tangan kiri. Ketiga-tiga bacaan 98/74. Uitt rendahnya!

Doktor pun tanya, ada tekanan di tempat kerja? Biasanya bukan ke kalau perasaan tertekan darah naik? Aku bertanya semula. Doktor kata, tak semestinya. Tapi aku takde tekanan di tempat kerja pun skrg. Alhamdulillah. 

Hulur tangan kanan, tiga kali error terus. Kemudian dapat bacaan 74/xx (tak ingt yg bawah).  Dah kenapa plak ni?

Aku minta tangan kiri semula. 

 
Doktor kata betul-betul atas border. Maka, dia hanya meluluskan utk 350ml je. Boleh la dari takde kan. 

Semasa nak menderma darah, masa tu dah jam 3.30 petang. Aku last makan jam 12.00. Misi minta aku minum milo dulu. Macam-macam ni. Sebelum mula, tanya lagi sekali sebelum ni ada pening kepala tak, pengsan tak selepas menderma darah. Alhamdulillah setakat ni ok. 

Semasa nak cucuk jarum, aku mmg berpaling ke lain. Sbb aku mmg takut menda tajam. Misi cuak tanya aku ok ke tak. Aku OK je, takut jarum tu biasa la. Walaupun sapu bius, tetap ngeri. Hahaaha. 

Selepas menderma, biasanya aku minum milo je tapi kali ni aku duduk relax, layan nasi lemak yg diberikan, dan pertama kalinya, aku terus makan zat besi dan asid folik yg dibekalkan. Kalau tak, aku simpan je sampai la aku nak menderma semula. 

Kali ni, aku mesti mendengar kata. Muka doktor yg melepaskan aku menderma darah muka tak yakin, misi pun tunjuk muka tak yakin. 

Jumpa lagi 3 bulan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: